-Assalamualaikum wahai sahabat-


Selasa, 20 Mei 2014

Memory.

Memori akan sentiasa menjadi memori. Ia tak boleh di undur di kembalikan. Saat gembira ia jadi memori manis. Saat duka ia menjadi memori pahit. Dalam sebuah kehidupan ini, banyak insan akan melalui pelbagai perkara. Suka, duka, tawa, tangis. Pasti ada tak terkecuali insan ini. Ia mengajar menjadi kuat walau masih lagi lemah. Ia mengajar menjadi tabah walau masih lagi terasa sakitnya. Ia mengajar bangun meneruskan langkah walau masih lagi rebah tersungkur. Itu semua memori. Memori lalu. Memori silam.

Aku cuba jadi kuat tabah
Namun lemah tersungkur masih ia
Aku cuba selindungkan apa yang di rasa
Namun ia masih tergambar di wajah.

Insan ini yang cuba jadi yang terbaik namun masih lagi tak dapat mencapai yang terbaik. Itu kerana hati yang masih lagi lemah menghadapi segalanya. Sometimes, i asked to myself. Why its happen to my life? Why they need to through the hateful memory? As a first daughter in my family perlukan aku mempunyai hati yang tabah. Siap menghadapi segalanya. Segala kemungkinan.

Hati yang masih resah
Mengapa ia menganggu?
Saat ingin terasa tenang
Ia menjengah lagi kembali
Saat ini...

Saat hujan turun, ia mengambarkan rasa sebenarnya. Mengenangkan apa yang terjadi. Mengambarkan pantasnya masa berlalu. Masa dalam pengajian akan mula berakhir satu persatu. Apa yang aku dapat kirimkan pada mereka? Apa yang akan dilakukan? Saat terbayangkan mereka, saat itulah hati menangis. Nasihat mereka aku ingat. Kata-katanya aku cuba tuk menjadi kuat. Aku harapan keluarga. Aku ingin menjernihkan semuanya namun aku tak mampu. Meninggalkan segala memori di sana.

Ujian yang di alami tanda kasih sayangNya
Pedih hiba
Hadapilah dengan tabah
Bersama kita mengharungi.



Let it go,
the painful memory.
Let it go,
the sadness memory.
Let it go,
the memory make you cry.

Khamis, 13 Mac 2014

Gadis itu..

Gadis itu,
Dia selalu tersungkur,
Air mata selalu menemani,
Ketika dia berseorangan.

Gadis itu,
Dia suka mengarang sesuatu yang indah,
Namun, 
Kekadang dia hanya pandai berkata-kata.

Gadis itu,
Selalu termenung,mengeluh,
Hatinya berkata,
Kenapa ini terjadi?

Gadis itu,
Selalu cemburu akan ukhuwwah,
Kerna dia tak dapat nak kekalkan
persahabatan seperti mereka,
Walaupun dia dah mencuba yg terbaik.

Gadis itu,
pernah terluka hatinya,
pernah hanyut kerna pengaruh dunia,
Hari ini mungkin lagi,
Namun hatinya kuat ingin berubah.

Gadis itu,
Sekuat dirinya dibibir shaja,
Tapi hatinya sudah pecah berderai,
Mungkin tak dapt lagi bercantum,
Bibir tersenyum hatinya menangis.

Gadis itu,
Hatinya terlalu rapuh,
Mudah tersentuh,
Walau hal sekecil huma.

Gadis itu,
Ingin mereka memahami,
walau tahu diri penuh kelemahan,
Jangan pandang akan diri yg hina,
Jangan ungkit akan kisah lalu,
Jangan sisihkan diri,
Kerna dia perlukan insan menyokong tuk berubah.
Walau kekadang saat memerlukan,
mereka tiada.

Gadis itu,
Memikul beban yg berat,
kerna diriya harapan keluarga,
Tiada abang tiada kakak,
Hnya ibu ayah adik peneman hati diri.

Gadis itu,
Dia memeluk ibunya saat air mata ibunya mengalir,
Dia bertahan saat memandang air mata ayahnya menitis,
Dia berpaling saat air mata adikknya membasahi,
Dia  diam menghadapi segalanya.

Gadis itu,
Dalam gelap dia luahkan rasanya,
Melalui kata-kata dia hiburkan hatinya,
Coretan dia lakarkan tuk dirinya,
Ditemani mutiara-mutiara gugur.

Gadis itu,
Menaip penuh hiba,
Menaip penuh duka,
kerna kenangn hitam kembali bertamu.

Dan gadis itu,
Ialah aku........

Ahad, 23 Februari 2014

Jodoh itu.



Usah merasa sedih,
Usah merasa pilu,
Usah merasa hiba,
Andai risau jodohmu belum tiba,
Kerna mungkin dia tengah mempersiapkan diri.

Kerna tahu kelemahan diri,
rasanya lebih baik mendiamkan diri,
Tak usah terburu-buru,
kerna ia sudah tercatit di Luh Mahfuzmu.

Lambat atau cepat itu urusanNya.
Jika bukan di dunia kita bersamanya,
mungkin di Syurga kita kembali bersamanya.

Bagi aku?
Aku rasa lebih baik aku menanti,
kerna tahu akan kelemahan hati yg mudah menyukai,
Mngkin aku tiada indah tuk di pandang,
tapi aku cuba tuk indah dri sgi hati dan personaliti.
Aku harap dia akan hadir walaupn bukan di dunia ini.