-Assalamualaikum wahai sahabat-


Khamis, 5 Disember 2013

Cinta?

Malam- malam macam ni seronok melayan perasaan, tapi dalam seronok itulah ada sayu menerjah.
Entah mengapa. Bila bicara tentang cinta aku kadang kala terdiam.Pasti ada kawan-kawan ku berkongsi rasa hati, dengan rela hatinya aku mendengar (sbb aku suka mndengar n mencari rahsia) dan pantasnya memberi pandangan dari rasa hatiku. Macam pakar CINTA la pulak..haha. 

Emm, jikalau pasal cinta, itu adalah fitrah manusia. Jatuh cinta? Jatuh hati? Semuanya mungkin kita pernah.. Aku? Dengan mudahnya jika orang tu baik denganku walaupun dalam 'maya'.RasaT itu terdetik di hati..
Kotor dan rapuhnya hati, lemahnya jiwa. Insan yang masih lagi terkapai-kapai mencari cinta Allah. Tapi aku sedar, dengan kata-kata seorang sahabat kenapa kita sebagai manusia asyik mengejar cinta manusia yang mungkin tak akan kekal? Tetapi cinta Allah jauh sekali..
Aku terdiam, malu menghiasi dalam diri.

Ya, aku sedar..
Aku terlalu alpha..
Banyak lagi benda yang harus aku baiki dalam diri..
Sebab itulah aku lebih suka menyendiri..
 
Bagiku,
Cinta itu sebenarnya sangat indah jika kita pandai mencari dan menjaganya.
Mencari dalam menuju yang halal dan menjaganya untuk ke Jannah.
Orang kata lebih baik cinta dalam diam. Dan berdoa.
Jika memang sudah di takdirkan, akan ada satu hari nanti.
Jika tidak, usah kecewa kerna Allah telah mentakdirkan kita untuk bertemu insan yang lebih baik lagi :)

Haha, pandai2 je buat teori sendiri. Oke, tu pandangan je.
Moga-moga insan itu akan hadir suatu hari nanti, InsyaAllah. :)

"Saya hanya manusia biasa, maaf jika saya jatuh cinta. Mungkin ini ujian Allah buat saya"
Suka sangat dengan kata2 ni..
Ingat, jika bukann bertemu kita dengan jodoh kita di dunia, InsyaAllah di syurga kelak :)

5 ulasan:

  1. Cari isteri yang kurang bergaul dengan lelaki, kerana dia perlu tahu cukuplah ayahnya, adik abangnya dan suaminya sahaja tempat untuk dia bergaul, bergurau dan mengadu.Umar tidak pernah bergurau dengan Aishah, kerana apa? Kerana gurauan Nabi kepadanya sudah cukup dan sempurna. Wanita dan ikhtilat,ibarat mercun dan api. Sekali dibakar, meletup. Sekali terlibat, musibah.

    setuju x statement nie

    BalasPadam
  2. "Wanita dan ikhtilat,ibarat mercun dan api. Sekali dibakar, meletup. Sekali terlibat, musibah."

    setuju2.. kami semua masih lagi dalm proses menjaga.. :) InsyaAllah.. moga dapat yang kamu idamkan.. :)

    BalasPadam
  3. Insya allah.. Amin... Kita sama2 mencari redha allah..

    BalasPadam