-Assalamualaikum wahai sahabat-


Rabu, 11 Disember 2013

Sahabat

Sahabat?
Mereka adalah orang yang hampir dengan kita
Dalam duka mahupun suka
Namun, kita harus pandai mencari
Kerna ragam manusia kita tak dapat jangka

Seperti kamu semua, aku jua mempunyai sahabat
Tapi, banyak perkara yang berlaku dalam persahabatan ini
Ada kerana seseorang, persahabatan aku dengan insan itu menjauh
Ada kerana aku terlalu mempercayai, aku di khianati
Itulah lumrah..

Setiap insan semestinya mempunyai kekurangan
Bertemu dengan insan bergelar sahabat
pasti akan saling melengkapi
Jika kita jauh dari Dia, dia tolong dekatkan kita dengan CiptaanNya
Jika kita jatuh dalam ujian, dia bangunkan kita dengan tabahnya
Itulah, sahabat yang baik.
Jangan lepaskan mereka
Kerna kelak kamu akan rugi

Tapi, jangan pula kamu menikam sahabatmu dari belakang
Jangan buat mereka hilang keercayaan untuk memiliki sahabat
Jangan, jangan dan jangan.
Untuk diriku juga.
Andai tersalah langkah, aku akan kehilangan.
Dalam persahabatan aku, perkara yang sama berulang.
Perkara yang aku sesali dahulu, berulang kembali.
Tapi Alhamdulillah.
Aku akan terus undurkan diri.
Cukuplah pernah terkena.
Tak ingin merasai lagi.
Hargai mereka
Wlaupun mereka hanya mencarimu ketika dukanya
teruskan bersamanya
kuatkan semangatnya
wlaupun mungkin hati kita turut berduka..


Sahabat,
Jika aku tersasar,
Ingatkan aku akan cinta dariNya
Jika aku tersungkur
Bangunkan aku dengan rindu dariNya
Jika aku menyepi
Sedarkan aku dengan kasih sayangNya
Sesungguhnya, aku perlukan seseorang untuk bersamaku dalam mengingatiku bila aku alpha..
Dan seseorang itu adalah KAMU, sahabat :)


2 ulasan:

  1. Kau ada dikala ku suka
    Dikala ku duka
    setiap tangisan dan juga ketawa
    Kau ada dikala ku perlu
    setia menemaniku
    Pegang erat tanganku bila aku jatuh

    Kau lah yang selalu
    Selalu menemaniku
    Mendengar kisah pahit manis
    Hidup ku

    BalasPadam