-Assalamualaikum wahai sahabat-


Sabtu, 7 Disember 2013

Bila Saatnya Tiba..

Satu pengalaman yang tak dapat di lupakan apabila menyertai satu program mngenai pengurusan jenazah dan apabila bercerita tentang hal kematian, terdetik di hati kecil, bila ajalku? :(

Bila asyik dengan apa yang diterangkan oleh ustaz, tiba-tiba termasuk bab andai kanak-kanak kecil yang meninggal. Zapp!! Hati kecilku terasa pedih. Bayangan arwah adikku terbayang. Bayangan aku hanya dapat melihat pertama kalinya saat dibawa pulang jenazahnya oleh ummiku. Aku tahu, aku masih lagi berumur 10 tahun masa itu. Tidak mengerti apa-apa. Apa yang aku tahu, menangis, menangis dan menangis bersama dua adik perempuanku.

Aku pernah bertanya pada ummmiku pada waktu itu.
"Ummi, kenapa adik tinggalkan kita? Kenapa Allah ambil adik??"
Jikalau difikir balik, itu soalan yang bodoh aku tanya.
Tapi, makin lama makin aku sedar kenapa.
Kerana Allah sayangkan adik.
Dan tadi ustaz ada berkata, anak yang mati kecil di syurga dia menanti. Aku tersenyum.Teringat wajah-wajah keluargaku teutamanya ummiku.
Bahagia! Pasti ummi bahagia :)

"Pemergian seorang anak kecil menghadapi Illahi amat beruntung kerna dia menanti keluarganya di syurga,
Menanti ibunya yang melahirkannya,
Menanti ayahnya yang menunggu kelahirannya,
Menanti kakaknya yang merinduinya."

Adik,
Kehilanganmu memang terasa.
Walaupun adik hanya seketika menjengah ke dunia.
Ketika akak masih lagi mentah.
Dia amat menyayangi adik, lalu diangkat adik terus ke Syurga.
Walau duka, kami redha..
Tapi adik,
tunggu kami ya di sana.
Kerna kami akan datang nanti bila saatnya tiba.
Kita pasti berkumpul dan bertemu kelak di sana. 
InsyaAllah, dengan iziNya.
Tunggu kami :)

Adik Muhammad Khayrullah Bin Mazlan
Semoga aman di sana.
-Al-Fatihah-

2 ulasan:

  1. Al fatihah, adik saudari sntiasa brada di dlm org beriman, :)
    Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali. :)
    Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jugalah yang mengambil, Dia menguji umat manusia.

    BalasPadam