-Assalamualaikum wahai sahabat-


Khamis, 12 Disember 2013

Cerpen: Awan Yang Menangis




Titisan - titisan hujan mulai menggamit pendengaran ku. Lantas itu aku menoleh ke ruang jendela melihat deraian air hujan membasahi. Aku suka mengatakan awan itu sedang menangis padahal itu hanya kata-kata puitis yang ku cipta. Kerana di sebalik kata – kata itu tersirat pelbagai cerita. Aku tersenyum sendirian. Bagai perasaanku sekarang ini seperti memahami. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti harus ku tempuhi selama 4 tahun. Selama itu aku harus bersabar dengan apa yang berlaku namun taktala juga aku gagal jatuh di dalam mengejar sesuatu yang di ingini. Hujan itu makin lebat dan lebat. Indah...
            “Oit, mengelamun nampak.. Aku tahula ko sukakan hujan, tapi tak akan la asyik sangat kot. Haha” sergah roomateku, Aina. Aku hanya tersenyum.
            “Kenapa? Tak akan ko jeles kot aku sukakan hujan.. Well, you know this is me..” ujarku lalu mengemas buku – buku di meja. Kelihatan berselerakan. Study la sangat..
            “ Lea, jom petang ni pi riadah. Jalan- jalan ka.” Ajak Aina lagi sambil duduk di katil. Matanya asyik memandang telefon. Aku memandang dia sambil mengerutkan dahi.
            “ Hujan ni? Tak nampak ke...” perliku sambil tersengih. Aina mendongak smbil mengeluh.
            “ Oit cik kak, ni pagi kan.. Aku ajak petang.. Lau tak hujan, kita pi ye..” ujar Aina sambil tersenyum riang. Aku hanya mengeluh.
            “ Baik akak...”
Tiba – tiba sebuah ketukan di pintu mengejutkan kami berdua. Lantas, aku membuka pintu. Di muka pintu Ninie sedang tersengih sengih.
            “ Hah, ada pa datang bilik ni?” tanyaku sekadar bergurau. Ninie mencebik.
            “Amboi, kasar nampak. Aku ni tetamu tau. Tak baik layan gitu, kan Aina?” ujar Ninie sambil duduk bersila di katilku dengan muka tersengih je.
            “ Yeala yeala.. Ada apa ya tuan puteri datang ke bilik hamba yang hina ini?” ujarku sambil berkata perli. Haha..
            “ Saja nak lepak ngan korang. Lama dah tak jenguk korang. Maklumlah, korang kan suka berperap ja dalam bilik..” ujar Ninie sambil memperli. Aku hanya ketawa kecil.
            “ Eleh, biarla.. Jeles ye,Ninie? Haha” ujar Aina.
            “ Tak ada masa untuk aku jeles la ngan korang ni.”
Aku hanya tersenyum.
**
            “Assalamualaikum ibu. Ibu sihat?” tanyaku dalam perbualan telefon antara ibu dengan diriku.
            “Alhamdulillah, ibu sihat. Lea sihat ke?” tanya ibuku ramah. Aku hanya tersenyum.
            “ Iya bu. Ibu macam mana? Okey?” tanyaku berhati – hati kerna tak mahu melukakan hati ibuku. Aku mendengar keluhan dari sebelah ibu. Hati kecilku mula terasa lain.
            “ Ibu?” aku kembali bertanya apabila tiada jawapan.
            “ Hah? Err, ibu gembira Lea, jangan risaukan ibu yea. Study kat sana elok – elok.” Pesan ibuku lagi.
            “ Ibu, betol ke ni? Jangan tipu Lea. Lea tak nak jadi macam dulu. Masa Lea balik rumah, baru ibu ceritakan apa yang berlaku. Lea sedih kerna tak dapat bersama ibu masa ibu dalam kesedihan. Lea tak nak macam tu..” aku bercakap perlahan. Rasa sebak mula terasa di hati kecil ini. Mungkin bila bila masa air mata ini akan gugur. Rapuhnya hati ini. Untuk tidak menyedarkan Aina yang sudah lena di buai mimpi malam, aku terus menyarungkan tudung lalu keluar ke beranda berhampiran.
            “ Lea, ibu okey. Jangan risau. Ibu masih lagi kuat mengharunginya. Ibu akan tabah Lea, demi anak ibu yang ibu sayang.” Kedengaran sayu bicara ibuku bagai menghiris hati ini pilu. Andai aku dapat bersamanya..
            “ Ibu, kuatkan diri ya. Lea tahu, ini semua dugaan Dia untuk kita. Dia tak akan uji ibu jika Dia tahu ibu tak mampu untuk mengharunginya. Lea sentiasa bersama ibu. Lea sayang ibu sangat..”
            “ Dahla Lea, jangan menangis ya nak. Tak apala, terlepas jua sikit beban dan rindu ibu pada Lea. Selamat malam dan jaga diri ya nak.”
            “ Iya ibu, selamat malam jua. Kirim salam pada semua.” Ujarku. Klik! Ibu sudah mematikan telefonnya. Aku mengeluh sambil memandang langit yang gelap. Di atas sana tiada butiran bintang yang bersinar indah. Adakah malam ini awan jua ingin menangis? Tanpa di sangka air mataku gugur jua membasahi pipi.. Hati, mengapa kau begitu rapuh? Tak bolehkah dirimu menjadi kuat? Aku berbicara dengan hati..
Di bawah sana ada sekumpulan lelaki berborak di kerusi batu berhampiran dengan cafe. Gelak ketawa mereka gembira. Namun, kelihatan seorang lelaki senyap terpaku apabila dia mendongak dan ternampak seorang gadis di beranda seorang diri yang sedang memandang awan.. Walaupun tidak jelas kelihatan siapa gadis itu, namum dia dapat melihat air mata gadis itu mengalir. Kenapa dan mengapakah? Dan siapa gadis itu?
            “Oih, ko kenapa senyap hah, Khay?” sergah Saiful. Pelik melihat kawannya senyap secara tiba – tiba. Padahal diala yang banyak cakap sekali.
            “ Hah?? Haha. Tak ada apala. Baru ku tahu bahawa ko tak boleh lihat aku diam. Berharganya aku.. haha.” Ujar Khay lalu ketawa. Saiful hanya mencebik. Hilang bayangan gadis tadi di mindanya.
            “ Oih, jomla balik bilik. Dah lewat ni. Hari macam nak hujan lak tuh.” Ujar Farhan sambil bangun dari kerusi lalu mengorak langkah.
            “ Yalah, jom. Jom..” ujar Saiful.
Khay juga sama bangun mengorak langkah mengikuti kawannya namun dia menoleh ke belakang melihat di beranda itu tadi. Gadis itu suda tiada? Err.. Siapa gadis itu? Adakah dia....?
**
Aku berjalan keseorangan daripada library pulang ke kolej kediamanku. Aku baru sahaja selesai discussion bersama rakan sekuliah. Aku mengeluh tiba – tiba, entah kenapa. Aku selalu terasa ingin berseorangan. Salah kah dengan cara hidupku? Aku selalu di cemuh oleh saudara mara terdekatku. Kenapa? Salahkah cara aku hidup? Walau bukan aku mendengarnya sendiri, namun ia melalui ibu bapaku sendiri. Siapa yang tidak pilu. Aku masih ingat bahawa ibuku pernah memberitahuku bahwa seseorang pernah mengatakan diriku tidak pandai. Hanya selalu keseorangan. Tak terbuka dengan dunia luar. Akhirnya aku mengetahui siapa insan itu. Rupa- rupanya dia adalah mak saudaraku, yang amat ku sayangi. Pilunya hati pada saat itu. Akhirnya, tanpa di sangka perasaan percaya pada orang sekeliling makin pudar dalam hati kecuali keluargaku. Aku mengorak langkah makin laju. Awan seperti makin mendung. Wahai awan, janganla kau menangis.. Aku tak mahu basah, payung tak bawa. Hatiku merungut kecil. Ilusi hanya berputar dalam fikiranku.
            “Ehem.. Saudari..?” sapa seorang insan di belakang. Aku terkejut lantas berhenti berjalan dan menoleh ke belakang. Seorang pemuda memandang sambil tersenyum.Aku mengerutkan dahi? Hah? Kenapa dia tersenyum? Aku kenal dia ka? Or ada apa -  apa kat baju ku ? Aku memandang bajuku. Err, tak ada apa – apa pun. Aku memandang insan itu lagi.
            “ Jangan risau, baju awa tak ada apa – apa. Saya Cuma nak bagi ni, buku awa tercicir di sana tadi.” Ujar lelaki itu lalu menunjukkan di mana bukuku tercicir. Aku kaget, mak oii.. Jauh dah..
            “ Kenapa tak panggil. Jauhnye jatuh. Tak perasan pulak. Terima kasih ya dan maaf menyusahkan.” Pohonku. Rasa bersalah menerpa tiba – tiba.
            “ Err, saya tengok asyik ja awak mengelamun. Saya tak berani pulak nak panggil. Lagi pun, kita kolej sama. Senang ja nak bagi.” Ujarnya sambil mengorak langkah semula dan berjalan mendahului aku. Aku terkejut, ekk.. Ada ke? Tak pernah nampak pon.
            “ Walauapa pun, thanks ya awak.” Ujarku sambil memandang dirinya yang mendahuluiku. Lantas, aku pun mula berjalan semula.
           “ Its okay, Lea. Lain kali jangan mengelamun sangat ya.” Ujarnya sambil menoleh ke belakang dan tersenyum.
Lea? Di mana dia tahu na..
            “ Oh, nama kat buku..”
Aku tersenyum sendirian. Huh, malu saja kot.
**
Berita itu menjadi tamparan buat aku seketika. Kenapa boleh jadi macam ni? Ya Allah, kenapa begini jadi akhirnya.
“Ibu, kenapa bu? Perkara yang Lea paling di takuti, akhirnya menjadsi jua.. Ayah, apa salah ibu yah? Susah senang ibu sentiasa di sisi dan bersama ayah.. Kenapa ini kesudahannya? Apa sebab ayah? Adakah ini kebaikan untuk Lea yang buntu?” hatiku berbicara.
Pada siapakah harus aku berpihak? Ibu atau ayah? Menjadi anak tunggal membuatkan aku betul- betul di lemma.. Ya, Tuhan.. Aku termenung di tepi tingkap memehati daun daun pokok yang berguguran.. Alangkah indah jika masalah ini boleh di gugurkan seperti daun itu agar diterbangkan oleh angin agar menjauh pergi dari hidup ini. Air mataku bergenang.. Wahai air mata, janganlah kau mengalir.. Aku harus tabah.. Aku mengeluh perlahan.
            “Lea, kau nak tahu tak.. “ ujar Aina tiba-tiba membuatkan aku terperanjat. Hilang rasa sedih seketika bila terdengar pintu bilik yang tiba- tiba terbuka kuat di iringi suaranya itu. Aku menoleh ke arahnya smbil berpura- pura senyum. Menutup duka di hati.
            “ Ko ni tak ada keje lain ka hah? Suka sangat buat aku terkejut. Ada apanye..” ujarku sambil memandangnya. Apala yang di kecohkan roomate aku ni.
            “ Aku... Aku.. jatuh cinta..” luahnya Aku terkejut. Hah? Feeling in love? But who the guy? Tanya hati kecilku. Kami baru ja sebulan masuk sem baru iaitu sem 6, dah jatuh cinta dah? Ai.. cepatnya..
            “ Wahai puteri, siapakah gerangan putera itu?” tanyaku sekadarnya. Aina hanya tersengih2 malu. Malu la sangat kot.
            “ Ikut kaula, Aina. Malas aku, bila ditanya kau sengih2 macam x betol ja. Huh.” Ujarku lalu berpaling menghadap laptop yang sudah lama terbiar sepi terpasang akibat macam- macam perkara bermain di kepala. Serabut!
            “ Ko ni apahal? Tiba- tiba macam ni.” Tanya Aina sambil memprotes.
            “ Yeala, bila aku tanya jawabla. Ni sengih2.. Ko kan tahu aku ni macam mana. Dah 3 tahun kot kita kawan tak kan ko tak kenal sikap aku macam mana.” ujarku sambil mata fokus menghadap laptop. Buka facebook! Aina tersengih- sengih kembali.
            “ Tiga tahun kita kawan pon, kadang- kadang aku tak kenal juga kau. Yealah2, aku cakap. Dia tu sem sama ngan kita juga. Cuma dia tua setahun dari kita. Hehe.. Nama dia Khay. Nama penuh dia aku tak tahu. Dia pon menetap kat senegeri ngan kita tau. Sukanya aku. ” ujar Aina sedikit panjang sambil senyum senyum. Orang bahagia katakan.
            “ Haha.. Kau ni. Semua benda tahu. Mesti orang satu group ngan ko ni kan?”tekaku.
            “ Yeap, hehe.. Macam tahu tahu ja kau ni”
            “ Eala, sikap ko tu tak berubah.. Sem 4 pon sama macam ni. Ingat aku dah lupa ka?” perliku. Aina mencebik.
            “ Ala, yang tu dah lepas. Ni betol2 la. Aku suka sangat tengok dia. Aku tak tahu la kau kenal tak dia. Tapi jangan rampas hak aku tau.” Ujar Afika berbaur amaran. Aku menoleh memandangnya.
            “Oih, aku ni macam perampas  hak orang ka? Aku tak minatla. Lagi pon, kau yang nak cop dia tu hak ko apesal? Belum sah lagi ye.. “
            “Biarla..” ujar Aina mencebik sambil bangun dari katilnya menuju ke meja study. Aku hanya mengelang kepala. Aina, Aina. Aku harap tak jadi macam sem lepas lepas. Bila dah kena tolak, kau meraung tak tentu pasal. Aku juga yang kena. Lagi pon aku pon ada masalah aku sendiri, aku tak mengamuk pon kat kau. Malah ko pon tak tahu apa masalah aku. Happy go lucky walau mungkin hati ini sakit sangat sangat. Lagipun kan Aina, suka dan cinta tu lain. Kita suka seseorang tak semestinya kita cintakan dia. Dan jika kita cintakan dia pon, tak semestinya dia jodoh kita. Kadang kala, kita keliru apa erti dua perkataan ini. Kita cakap kita cinta, padahal itu hanya perasaan suka. Maybe as a friend or we like him because their attitude or something else dan begitu juga sebaliknya. Uniknya kan? Allah letakkan bermacam macam perasaan dalam diri hambaNya. KekuasaanNya tiada tandingannya, cuma semuanya terletak atas seseorang insan itu pula macam mana. Mengawal dan merasainya dengan cara yang sepatutnya.
Beg pakaian itu ditariknya kasar. Seorang wanita dengan cepatnya melangkah menuju ke kereta.
            “ Baik, jika abang tak nak mengalah, saya akan pergi dari rumah ni. Dah banyak kali saya bersabar dengan sikap abang. Tapi abang tetap jugak macam ni! Saya benci sangat! Diperlakukan macam patung yang tak bernyawa di rumah ni!” jerit wanita itu. Jelas di pipinya bekas air mata yang mengalir. Sudah lama dia bersabar, bersabar dan bersabar. Namun, apa yang di lakukannya semuanya tidak lagi kena di mata suaminya. Selama ini dia bersabar kerana puteri tunggalnya, tapi dia tak mampu lagi. Semuanya sudah jelas. Maafkan ibu, Lea. Ibu tak mampu mempertahankan hubungan ibu dan ayah. Ibu seorang ibu yang gagal!
            “Baik! Ikut awakla nak pergi mana pon. Saya tak kisah!” jawab seorang lelaki itu kasar lalu menghempas pintu kasar. Wanita itu terkejut. Sampai hati, abang! Dia dengan lemah menghidupkan enjin kereta, lalu keluar dari rumah itu.. Mungkin buat kali terakhir untukya menatap. Lea, maafkan ibu..
**
Aku menatap skrin laptop di hadapanku. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Minggu depan, tempat kuliahku bercuti selama seminggu.Walaupun diri ini terasa serabut, namun dapat jua atasi. Mungkin buat sementara ini. Ibu dan ayah. Insan yang amat ku sayangi. Mereka tetap ceria bila aku menelefon membuatkan hatiku betol-betol terluka. Apakah semua ini? Hidup berasingan membuatkan mereka bahagia? Atau sebaliknya? Ibu? Ayah? Persoalan yang sentiasa di benak fikiranku.
            “ Suka sangat ek awak termenung. Ni ke hobi awak?” ujar satu suara tiba-tiba. Aku tersedar dari lamunan lalu memandang arah suara itu. Dia ni lagi. Dah beberapa kali dah dia kacau aku. Dahla semuanya masa aku termenung. Huhu..
            “ Awak lagi. Kenapala asyik tegur saya. Cuba la tegur orang lain jugak.” Protesku. Dia ketawa kecil. Terselah dua belah lesung pipitnya. Sweet je. Eh, apa yang aku merepek ni. Kadang kala aku senang dengan kehadiran dia. Entah kenapa. Tenang ja melihat wajahnya. Hati terasa lapang sikit. Adakah dia jodoh ku? Hati ini tertanya-tanya. Aku menjeling sekilas melihatnya.
            “ Kenapa jeling sayanya? Lau nak tengok- tengok ja. Saya tak kisah. Lagi saya suka” ujarnya lalu tersenyum. Ekk, poyonya mamat ni. Perasan!
            “ Eh, jangan kutuk saya. Perasan pun sikit ja. Lagi pun tak baik kutuk orang dalam diam ni taw.”ujarnya lagi. Aku terkejut. Hah, malunya..
            “Err, awak nak apanya?” ujarku sedikit kasar. Dia ketawa kecil.
            “ Saya datang kacau awak pon, coz saya tahu kerja awak dah selesai. Saya nak tuntut benda dengan awak. Ingat tak janji awak hari tu?” ujarnya sambil memandang gadis di hadapannya. Aku memandangnya pelik. Ekk, janji apa ek?huhu
            “ Janji? Apa ek? Saya ada janji ka?” tanyaku balik.
            “ Dah agak mesti awak lupa. Banyak makan semut ni.. Ish ish. Saya tunggu ja awak sms saya. Tapi tak ada pon. Sem lepas pon awa macam tu.” Rungutnya. Mak oih, apa ni? Sem lepas? Sms? Buat apa sms dia. Memangla aku ada nombor dia, tapi buat apa nak mesej. Huhu. Ada nombor dia pon sebab minta tolong dia bantu aku buat asignment. Dah dua kali dia tolong aku. Tu aku terhutang budi tu. Dan aku ada janji....
            “ Oh, janji belanja awak makan ya? Hehe.. Maaf ya betol- betol sya lupa. Napa tak cakap..” ujarku lalu tergelak kecil bila apa yang aku utarakan kepada dia dahulu terlintas di fikiran..
            “ Manisnya awak gelak.. Suka tengok. Yang ni nampak lebih ikhlas. Tak apa, saya tak kisahnya. Saja je usik awak. Hehe. Sem lepas awa pon sma. Kita kan pernah kelas sekali. Mungkin awak tak kenal saya lagi. Ada juga kes awak dengan cousin saya. Dia cerita..”
Aku terkejut. Cousin? Siapa? Adoii.. Malu2. Mana nak letak muka. Tanpa di sangka, aku lantas berdiri. Lelaki itu terkejut. Aku pula terkejut dengan tindakan aku sendiri.. Err..
            “ Eh, kenapa?” tanyanya.
            “ Eh, tak adala. Nak belanja awak makan la ni. Jom.” Ajakku bagi menutupi malu tadi. Dia hanya tersenyum lantas bangun dan mengorak langkah ke cafe kolej kami yang berdekatan.
            “ Awak nak apa? Ambila, saya bayarkan.” Ujarku.
            “ Okey.. Kak, nak nasi goreng ayam dua.” Ujarnya. Aku pelik. Dua? Banyaknya mamat ni makan. Dia tersengih sengih.
            “Kutuk saya makan banyak la tu. Tak baik betol. Satu untuk saya, satu untuk awak.” Terangnya. Aku mengeluh. Ish..
            “ Awak, saya tak nakla.. Awak jala yang makan. “ujarku.
            “ Ala, awak kena makan jugak. Lau tak, tak jadilah makanan tu.” Ujarnya perlahan.
            “Tapi...”
            “Awak, please.. Kali ni je..” pujuknya.
            “ Yealah2..” aku mengalah akhirnya. Dia tersenyum. Aku hanya mengeluh. Malasnya...
Aina berjalan menuju ke cafe. Dia tersenyum apabila melihat kelibat lelaki yang di pujanya berada di cafe itu. Namun, langkahnya akhirnya berhenti apabila melihat lelaki itu bersama dengan seorang gadis. Makan bersama. Dan apa yang membuatkan dirinya terkejut apabila gadis itu ialah roomatenya sendiri. Apa ni? Setahu aku kau bukan mudah makan berdua macam tu dengan lelaki? Bukan ke kau kata kau tak kenal dia? Ni apa? Tak guna punya roomate. Kau tipu aku rupanya. Sebab pon selalu sibuk. Kau cuba rampas dia rupanya. Dia akhirnya kembali ke bilik semula dengan perasaan marah yang membuak.
            “ Tak kan jadi perampas konon. Boleh blah la Lea! Argh..!!” Aina menjerit di dalam biliknya. Tak lama kemudian, aku masuk kembali ke bilikku. Aku melihat Aina sedang menghadap laptop.
            “ Ai, Aina. Tak boring ke asyik menghadap laptop.” Usikku.
            “ Ikut suka hati akula. Kau sibuk apesal?” jawabnya kasar. Aku tersentak. Kenapa ni?
            “ Kenapa ni Na? Aku ada buat salah ke?” tanyaku lembut.
            “ Memang! Memang ada. Kau ni memang kurang ajar ya. Berlagak baik selama ni, rupanya ada udang di sebalik batu. Kata tak kenal, rupanya kenal. Apa punya kawan ko ni hah?!” ujar Aina kasar. Matanya tajam memandang aku.
            “ Apa yang kau cakap ni Na? Aku tak fahamla..” ujarku. Apa salah aku dengan dia?
            “ Kau kata kau tak kenal Khay. Kau kata kau tak akan jadi perampas. Ni apa hah? Aku tengok bukan main riang lagi muka kau. Hah?!”
            “Aina, siapa Khay tu? Rampas apa pulak. Khay pon aku tak kenal, rampas apa pulak..” aku masih lagi cuba berlembut dengannya. Menahan sabar di hati. Yang jauh pon tak selesai, yang ni pulak datang.. Ya Allah, kuatkan hatiku.
            “ Sudahla Lea. Aku dah tahu sikap kau yang sebenarnya. Hipokrit! Hipokrit! Tikam sahabat dari belakang. Aku lega, akhirnya terbongkar siapa kau. Kata tak kenal, tapi boleh ja makan bersama tadi ek.. Lea, Lea.. Kejam sungguh yea kau.” Ujar Aina pedih. Kata katanya itu, betol betol menghiris hati kecilku. Aina? Kerana lelaki kau macam ni? Kau sanggup kata aku macam- macam? Sampai hati kau, Aina.
            “ Sampai hati kau, Aina. Kau sanggup buat aku macam ni kerana seorang lelaki? Kalau kau nak tahu, aku memang tak kenal siapa Khay. Aku cuma tahu nama dia ialah Danial. Dan aku tak tahu orang yang kau tergila gilakan sangat tu orang yang sama yang aku kenal... Tak mengapalah Aina. Kalau ini yang kau inginkan. Baik, pergilah dengan angan angan kau bersama Khay or Danial tu. Aku tak akan rampas dari kau. Jangan risau. Jangan risau Aina, teruskanlah. Aku tak akan ganggu dia lagi seperti yang kau inginkan. Mekasih atas kata- kata kau yang amat bermakna buat aku.” Ujarku bersama hati yang pedih lantas keluar dari bilik.
            “ Pergilah! Kau bukan kawan aku lagi, Lea!” jeritnya lantang. Air mataku gugur akhirnya. Ya Allah.. Adakah ini ujian buatku? Aku melangkah perlahan- lahan ke surau kolejku. Aku tahu, ramai kawan kolejku terdengar pertengkaran aku dan dia. Apalah diorang fikirkan. Adakah aku yang bersalah? Di situ aku menangis sepuas- puasnya. Mengadu pada Yang Maha Esa.

**
Hari ini aku bercadang ingin bersiar- siar berseorangan. Ketika melangkah menunggu bas, aku ternampak lelaki itu melambaikan tangannya padaku. Aku menunduk. Cuba mengelak darinya. Maafkan saya, saya tak mahu lagi buat orang terluka. Aku tak mahu masa laluku berulang kembali, namun ia jua tetap berlaku. Kerana seorang lelaki jua, persahabatan aku dan kawan sekolahku terputus dan kini masa memutarkan kembali. Dari jauh aku melihat bas datang, tanpa berlengah aku lantas naik apabila bas itu berhenti di hadapanku. Tiba- tiba kedengaran satu mesej. Dari lelaki itu.
                        “ Salam Lea. Sorang ja? Nak pi mana?”
Aku hanya memandang mesej itu sepi. Maaf..
Khayrul Danial pelik apabila mesej yang di hantarnya tidak terbalas. Kenapa ek? Selalu okey ja dia balas dan dia hendak kemana keseorangan?. Hatinya mula resah. Dia menyimpan telefonnya ke dalam kocek. Saiful di sebelahnya memandang pelik sahabat karibnya. Ada kena mengena dengan gadis tadi ke?
            “Eh, ko kenal ka sapa perempuan tadi? Happy ja tengok tadi” tanya Saiful. Sebenarnya, ada sesuatu berlaku berkaitan dengan sahabatnya itu. Cuma dia takut untuk memberitahu kerana takut itu semua hanya khabar angin.
            “ Yup, dia kawan aku. Kawan special.. Haha” ujar Khay lalu tergelak. Saiful hanya tersenyum.
            “ Oh, aku faham..Tak sangka aku ko ni.. Tak lama lagi bolehla makan nasi minyak.” Usik Saiful .
            “ Haha, ye la sangat. Kena berusaha kuat lagi. Lagipun tak lama dah nak graduate, bolehla cari- cari dulu..”
            “ Hmm.. Bila tengok kau macam ni. Aku rasa ko perlu tahu sesuatu. Lagipun tadi muka pompuan tu macam sedih ja.. Risau lak aku, bila tgok dia sorang- sorang naik bas..”ujar Saiful. Khay memandang Saiful pelik. Hai, ada apa- apa ke?
            “ Ko suka dia ke?”
            “Ish, bukanla.. Sebenarnya aku ada dengar dari kawan aku yang pompuan tadi, Lea tu.. bergaduh besar dengan roomatenya,Aina.” Khay terkejut. Hah? bIar betol!
            “ Eh. Betol ke kau ni.. Tak kanla kot. Aina tu okey ja aku tengok. Dia group aku kot dalam kuliah. Lea tu jenis pendiam, tak akan la..” dalih Khay. Hatinya resah.
            “ Ni aku serba salah nak bagitahu kau ni. Sebenarnya, Aina tu bergaduh dengan Lea sebab kau, tahu tak. Dia ingat Lea rampas kau dari dia. Aina tu sukakan kau.” Kenyataan itu telah membuatkan Khay lagi terkejut. Mukanya berkerut. Kenapa jadi macam ni pulak..
            “ Macam mana pulak jadi macam tu. Aku tak tahu pon..”
            “ Memangla, ramai yang tak tahu. Sesetengah ja yang tahu pun. Kawan aku cakap Aina ada cakap pada Lea yang dia sukakan kau. Dia cakap nama kau Khayrul. Lea layan jelah karenah Aina tu. Dia ada bagi amaran dah, jangan cuba- cuba rampas kau.......” dan Saiful pon menceritakan segalanya apa yang dia tahu. Semua kisah itu, Saiful tahu daripada sahabat baik, Lea juga, Quratul. Khayrul mengelengkan kepala. Masalah besar!
            “ Memangla.. Aku tak tahu pulak jadi macam ni. Lagipun betol la, nama akukan Khayrul Danial. Ikut suka hati akula. Cian Lea. Aku harus betolkan semuanya!”
            “Apa kau nak buat Khay?”

Aina mencebik apabila Khay menceritakan segala galanya. Hilang mood berbunga bunganya. Benci!
            “ Janganla buat Lea macam tu. Bukan salah dia. Tapi salah saya.”
            “Kenapa awak nak bela sangat dia hah? Awak suka dia ke?” tanya Aina berhati hati. Hatinya resah. Apa sahaja dia ingin bantah dan burukkan perempuan itu, Khay pasti menyokong perempuan tu.
            “ Yea, saya suka dia. Dan saya minta maaf saya tak dapat balas perasaan awak. Saya harap awak baiki hubungan persahabatan awak dengan Lea. Saya minta tolong sangat. “ pujuk Khay lagi. Aina tersenyum sinis.
            “ Oh, macam tu rupanya. Dia dah rampas rupanya. Baguslah, pengakuan awak membuatkan saya lebih membencikan dia dan memulakan benci saya pada awak. Terima kasih!” ujar Aina lantang lalu terus pergi dari situ. Hatinya tersangat sakit mendengar pengakuan dari lelaki itu. Khay hanya mengeluh. Salahkah aku?

**
Air mata bergenang dan bila bila masa akan gugur. Aku memandang pantai di hadapanku. Angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut wajahku yang tidak bermaya. Akhirnya, aku jatuh jua. Tersungkur di dalam perjalanan untuk mengapai impian. Ibu, ayah.. Lea, sudah tidak kuat lagi. Ya Allah, hamba sudah terlalu lemah. Kuat dan tabahkanlah hati hamba ya Allah. Aku duduk di atas batang kayu yang terdampar di pantai. Memikirkan segala apa yang terjadi. Apa yang harus aku buat? Tiba tiba terlintas nama Aina di fikiran membuatkan air mataku gugur kembali. Kenapa ini harus terjadi padaku? Kena ia berulang? Dia masih ingat dan tak akan melupakan perkara itu. Kerna lelaki jua perhubungan dia dan sahabat sekolahnya dahulu putus. Kerna dia.. Yea, kerna dia terlalu mempercayai seseorang yang baik terhadapnya, dan melukakan sahabat sejenisnya sendiri. Dan akhirnya dia menyesal. Sahabatnya itu menyukai lelaki yang menjadi kawan kami,dan aku menjadi orang tengah dan mengakibatkan aku mulai menyukai lelaki itu. Namun, pengakuan lelaki itu menyukai aku memeranjatkan aku dan kami berhubung secara rahsia namun akhirnya terbongkar.
            “Hipokrit! Aku tak sangka kau sanggup menikam kawan sendiri! Hipokrit!”
Aku msih ingat kata kata itu. Putusnya persahabatan aku, berakhirnya jua hubungan aku dan lelaki itu. Dia hanya lari dari menyelesaikan masalah dan mengakibatkan aku tergapai keseorangan. Aku tersenyum kecil sebagai kekuatan diri. Aku perlu menjauhkan diri dari sesiapa.. Aku hanya membuat orang terluka..
“Wahai awan yang menangis,
kenapa engkau tidak menitis ketika ini?
Menitislah bersamaku bagi menutupi duka ku dalam hati”
Aku terus memandang air ombak yang asyik beralun.
            “ Lea?” Aku menoleh. Terkejut melihat lelaki itu berhampirannya. Apa yang dia lakukan di sini? Siapa yang memberitahu aku di sini kecuali...
            “ Quratul...” aku berbisik perlahan.
            “Jangan salahakan Quratul. Saya yang paksa dia bagitahu awak kat mana. Maaf. Saya Cuma risaukan awak, Lea.” Ujar Khay. Aku mengeluh. Apa lagi ni? Nak mengeruhkan keadaan lagi?
            “Awak nak apa.. Jangan kacau saya lagi boleh tak?” ujarku tanpa memandangnya. Khay hanyamengeluh.
            “Lea, saya tahu apa yang awak alami dengan Aina. Maafkan saya. Selama ni saya tak tahu apa yang berlaku dan saya tak dapat nak lindungi awak.” Ujar Khay sayu.
            “Sudahlah.. Perkara dah terjadi. Saya redha. Dan saya nak minta satu dari awak..”
            “Apa Lea?”tanyanya.
            “Tolong jauhi saya dan jangan ganggu saya lagi. Maaf, saya bukan nak putuskan persahabatan kita tapi saya rasa ini yang terbaik. Saya tak nak keruhkan keadaan lagi. Cukuplah apa yang saya alami selama ini.”ujarku perlahan. Hati ini terasa amat pedih. Air mata mula bergenang di ruang mata. Ya, mungkin aku menyukai lelaki ini tapi aku tak mahu lagi perkara itu berulang. Lepaskannya,  itu yang terbaik!
            “Lea, saya tak mungkin lakukan itu. Saya suka awak, Lea.”ujarnya lagi. Aku tersentak lalu memandangnya. Betul ke?
            “Iya Lea.. Saya sukakan awak. Pertama kali saya lihat awak, masa awak menangis di beranda kolej awak malam itu.. Saya tak akan lupakannya. Dan kali kedua, saya lihat awak menangis di sini. Kenapa? Hati saya selalu tertanya. Di sebalik mata awak itu, saya seperti merasakan awak menanggung kesedihan dan kepedihan yang teramat. Awak hanya menyimpan di lubuk hati awak.. Izinkan saya, lindungi awak Lea.”tegasnya lagi. Khayrul Danial tidak mengalah. Aku tersenyum kecil. Hatiku menjadi tenang sedikit apabila mendengar kata-katanya. Namun, maafkan saya..
            “Maafkan saya awak. Tujukan kata kata awak itu pada Aina. Dia menyukai awak. Dan saya sebaliknya. Awak tak lebih dari seorang sahabat. Maafkan saya Danial.”ujarku lalu melangkah pergi. Biarlah perasaan ini tersimpan di ruang lubuk hatiku. Semoga dia bahagia. Awan mulai mendung dan akhirnya minitis.. Seperti mengerti..

                        Hawa melangkah pergi
                            Adam memandang sepi
                   Pertemuan dan perpisahannya
                            Disaksikan oleh awan yang menangis..


**
Kini aku di semester akhir. Dan juga aku meminta di tukarkan ke kolej lain. Melarikan diri dengan semua benda. Aku hanya sampaikan untuk mereka melalui doaku agar mereka bahagia walaupun aku tahu mungkin salah seorang dari mereka terluka. Maaf...
            “Lea! Ko kemana hah?Puas aku cari..”ujar Siti. Aku  hanya tersengih-sengih.
            “Hehe, sorry busuk.. Aku ada kerja tadi. Biasalah, sem akhir ni sibuk sikit dengan nak buat praktikal nanti taw..”
            “Yeala, aku pon tahula. Aku pon sem akhir jugak. Tak pulak sibuk macam kau ni. Selalu ja ghaib. Cari kat bilik sentiasa tak de. Kurus la aku jap lagi.” Ujar Siti dengan celotehnya. Aku hanya ketawa kecil. Siti, kawan aku di kolej ini. Walaupun mungkin persahabatn kami mungkin sekejap tapi aku gembira..
            “Oh yea Lea. Malam ni ada perjumpaan untuk semua sem akhir di dewan besar. Nanti kita pergi sama-sama ye.”ujar Siti.
            “Okey. Nanti kita pergi.”

Di Dewan Besar..
Pelajar pelajar semester akhir mulai membanjiri dewan besar universiti kami. Pelbagai taklimat diberikan kepada kami. Dan akhir sekali perbincangan antara kami untuk mengadakan majlis makan malam untuk pelajar semester akhir. Wakil setiap kolej diperlukan untuk menguruskan majlis makan malam ini. Aku hanya mengikuti..
            “Okey, Khayrul Danial menjadi wakil kolej ** bagi pihak lelaki. Dan perempuan pula saya di minta oleh seseorang menjadi wakilnya Aleaya Suraya. Bagi kolej...... Akhirnya, saya harap nama yang di sebut tunggu untuk perbincangan. Terima kasih”
Aku terkejut. Nama aku? Nama dia? Sejak bila kolej dia bertukar? Kenapa?
            “Lea, aku balik dulu ya. Hati hati..huhu”ujar Siti mengusik. Aku hanya mengangguk. Ala, kenapa jadi macam ni.. Tension!
            “Lea..” seru seseorang. Aku menoleh. Tergamam dengan kehadiran lelaki itu.
            “Danial..”ujarku perlahan.
Dia tersenyum Terselah lesung pipitnya.
            “Lega saya awak masih mengingati saya. Jom pergi bersama.”ajaknya. Aku hanya menggangguk. Banyak persoalan bermain di fikiranku. Lelaki itu di pandanganya nampak biasa dan okey. Namun ada satu yang berubah dengannya. Lelaki itu memakai kaca mata. Terserlah kematangannya. Ish, apa yang aku merepek ni.
            “ Err, Danial. Sejak bila awak satu kolej ngan saya?”aku memberanikan diri untuk bertanya. Dia hanya tersenyum.
            “Sejak awak minta pindah..”jawabnya tanpa memandangku. Aku terkejut. Tapi aku tak pernah terserempak dengannya. Apa ni?

**
Khayrul Danial bungkam. Apa ni? Dia terpaku melihat biodata seseorang di pejabat sekolahnya. Biodata setiap pelajar kolej itu yang baru diisi. Aleaya Suraya.. Lea meminta untuk di tukar ke kolej lain pada semester akhir. Malah, alamat ibu bapanya juga berlainan. Apakah ini kesedihan yang tersembunyi di sebalik sepasang mata bundarnya? Dia mengeluh.
            “ Kak Mira, saya nak borang pindah kolej” ujar Khay tiba-tiba. Saiful disisinya terkejut.
            “Weah, apa nih?Ko nak tukar kolej ke?Apasal?” tanya Saiful pelik. Matanya tertumpu pada kertas putih di tangan sahabatnya. Dia mengambil lalu membaca. Dia mengeluh.
            “Weih, tak kan sebab Lea kot. Kita tak lama dah duk sini. Tak payahla tukar.”
            “Haha, tak apala.. Sekali sekala. Apa yang aku nak, aku nak dapatkan. Jika dia bukan milik aku akhirnya, aku redha.. “ujar Khay lalu tersenyum. Saiful hanya mengelengkan kepalanya. Dia menukar kolej tanpa Lea tahu. Dia sentiasa melihat Lea, namun dia berhati hati takut gadis itu melihatnya. Hatinya bahagia melihat senyuman gadis itu walaupun dari jauh.
                        “Lea, saya sukakan awak”

Pn. Raiza menyapu di halaman rumah kecilnya. Rumah yang di sewa sebulan yang lalu. Walaupun disitu dia keseorangan namun terasa sikit bahagia. Walau hatinya pedih, dia jua harus redha..Bila tringatkan suaminya, dia terfikir.. Adakah dia patut meminta cerai?
            “Assalamualaikum ibu” laungku sambil tersenyum. Pn.Raiza menoleh. Lea! Dia menuju ke arah anaknya lalu memeluk anak tunggalnya erat. Lea, Rindunya ibu.
            “Lea, kenapa tak telefon ibu. Boleh ibu jemput Lea. Ni pon tak cakap pun balik.”ujar Pn. Raiza sambil memandang anaknya itu. Satu satunya anaknya..Aku hanya tersenyum.
            “Saja nak buat suprise. Ibu jangan marah ya.” Ujarku sambil tergelak kecil lalu memeluk ibuku. Rindu..
            “Yealah2, ibu tak marahnya. Ibu lagi suka tengok Lea. Tak la ibu sunyi..” ujar Pn. Raiza perlahan. Aku senyap. Ibu..
            “Maafkan Lea bu..”
Pn. Raiza hanya tersenyum.
            “ Jomla bu masuk. Borak kat luar pulak. Lea rindu masakan ibu.” Ujarku lalu memimpin tangan ibuku masuk ke dalam rumah. Ibu, Lea akan cuba pulihkan segalanya. Lea tak sanggup ibu kesunyian macam ni bila Lea tanpa disisi.. Ayah, ayah apa khabar? Hatiku berbicara.. Selepas ibu keluar dari rumah itu, hilang berita tentang ayah.. Ayah sudah tak menghubungi ku lagi.. Sesuatu terjadikah?
Malam itu aku lepak di pondok luar rumah sambil mendengar lagu. Tiba tiba air mataku menitis. Mengalir tanpa sedar. Setiap memori lampau satu persatu hadir. Membuatkan hatiku terus terluka. Kenangan yang amat perit. Keluarga, sahabat dan mungkin cinta. Kenangan yang selalu menyedihkan. Bahgia hanya seketika lalu di ekori kepiluan. Apa yang harus ku lakukan? Aku selalu melarikan diri, tapi sampai bila? Hmm, aku mengeluh. Aku memandang bintang di langit. Bersinar sinar kerlipannya. Alangkah indah.. Aku mengesat air mata yang hadir. Cukuplah, kau hadir wahai air mata. Aku tak sanggup lagi melukai, malah di lukai.
            “Aku harus hadapi segalanya. Ya, segalanya walaupun pahit harus ku terima” ujarku perlahan.
            “Lea buat apa kat sini ?” tanya Pn. Raiza. Aku terkejut dengan sapaan ibu. Aku hanya tersenyum memandangnya. Pn. Raiza duduk di sisiku sambil memegang erat tanganku. Aku memandang ibu. Kenapa?
            “Ibu..? Okay ke?” tanyaku pantas. Pn. Raiza hanya tersenyum.
            “Entahlah Lea. Ibu Cuma  rasa sunyi ja.”
            “Ibu, kalau Lea nak jumpa ayah boleh tak esok?” tanyaku. Pn. Raiza tergamam.
            “Hmm, ibu tak boleh halang Lea. Pergilah. Dia juga ayah Lea” ujar Pn. Raiza perlahan. Aku tersenyum tawar. Memahami keadaan ibu. Ibu jangan risau ya. Lea akan pulihkan segala galanya. Lea cuba bu. Lea tak hidup ibu dan ayah macam ni. Mungkin ayah ada sebab kenapa dia macam tu bu. Sabar dan tabah ya bu..
Keesokan harinya aku pergi ke rumah ayahku. Kelihatan sunyi rumah itu. Ayah tiada kah? Dengan kunci pendua yang sentiasa ada denganku, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Namun, hentian langkahku terhenti. Terkejut melihat rumah itu berselerak. Ayah2, kenapala bersepah sangat ni. Ayah kemana yea..hatiku lagi berbicara ke mana ayah sudah pergi.. Tanpa membuang masa aku mengemas rumah itu, agar kemas dan selesa di duduki.
            “Ayah2, kemana la ayah ye.. Tengok, kertas merata-rata.” Rungutku sambil mengutip kertas itu dan melihat jika kemungkinan kertas itu penting buat ayah untuk di simpan. Namun, tanganku tiba tiba terketar membaca kertas ditangannya itu. Terasa matanya panas dan bila bila masa air matanya akan gugur. Barah otak? Apa ni.. Ya Allah, apa ni.. Aku terduduk di situ. Air mata laju mengalir. Ayah... Sudah terjawab segalanya kenapa ayah bersikap sebegitu selama ini. Kenapa aku tidak sedar?? Allah...

**
            “Abang, bangunlah.. Saya datang..” ujar Pn. Raiza pilu. Air mata tanpa henti mengalir. Aku di belakang ibu hanya menyepi. Pilu..
            “Ayah, bangun yah.. Lea dan ibu datang..” ujarku.. En. Razman membuka mata perlahan- lahan. Dia menoleh ke sisinya perlahan.
            “Raiza.. Lea...” ucapnya dengan payah.
            “Ye, bang.. Kami ada.. Maafkan Raiza bang. Raiza yang salah.. saya tak tahu abang menananggung semua ni. Saya tak akan tinggal abang lagi.”
            “Maafkan Lea juga ayah..”
            “Tak.. A..yah yang salah.. Maafkan ayah ya.. Maafkan abang ya..”
            “ Ya bang..”
En. Razman tersenyum. Pembedahannya pula berjaya walaupun tanpa insan disayangi menemani ketika itu. Alhamdulillah.. Umurnya masih lagi panjang. Di beri kesempatan untuk memohon maaf... Hatinya makin mekar dengan kehadiran isteri dan anaknya. Di kuatkan semangat untuk sihat. Untuk bersama orang yang disayanginya.. Terima kasih Ya Allah..

Aku tersenyum lega. Dapatla aku pergi ke universiti dengan aman. Tak perlu ada sedih lagi. Senyuman dan kebahagian di wajah mereka membuatkan aku gembira. Terima kasih, Alhamdulillah Ya Allah.. Engkau memberikan kebahagiaan ini. Walau macam macam yang kami lalui dengan ujian ini, terpancar jua kebahagiaan buat kami.. Alhamdulillah..
            “Lea, mana bas Lea?”tanya ayahku. Aku hanya tersenyum.
            “Setengah jam lagi yah.. Ayahla, awal sangat datang. Sepatutnya ayah rehat ja kat rumah. Lagipun Lea dah besar dah yah.. Pergi sendiri ja..” celotehku.
            “Biarla Lea.. Sekali sekala kami mai hantar kamu.”
            “Yealah2..” aku tersenyum.
            “Assalamualaikum Lea..” sapa seseorang. Aku menoleh lalu tergamam. Hua!! Mamat ni..
            “Err, waalaikumussalam.. Apasal tegur saya?”ujarku tiba tiba. Danial hanya ketawa kecil.
            “Lea, kenapa garang sangat. Nak ni siapa ya? Kawan Lea ya?” tanya ibuku lalu tersenyum.
            “ Yea, mak cik, pakcik. Saya Danial. Satu u dengan dia.” Ujarnya sambil bersalaman dengan ayahku. Aku hanya mencebik. Haish, mamat sekor ni..
            “Lea.. Diam diam ya.. Tak cakap pon kat ayah.. Ayah suka2..” ujar ayahku tiba tiba. Aku terlopong.
            “ Ayah! Bukanla..”
            “ Wah, pak cik dah bagi line tu Lea.. Suka saya..”ujarnya lalu gelak. Aku mencebik. Perasan! Perasan!
            “ Tak nak saya..” ujarku perlahan. Namun, hati terasa senang melihat keriangan di wajah ibu dah ayah malah jua si dia. Mungkinkah? Ikhlaskah?Hmmm..

Dari jauh aku melihat Aina. Mukanya makin kurus. Sakitkah dia? Sayu bertakhta di hati.. Aina rindunya saya kat awak. Celoteh awak.. Walaupun awak prnah sakiti saya, tetap saya rindukan awak.. Malah tidak membenci awak.. Sampai bila kita harus begini? Aku mengeluh.
            “Lea..” ujar Aina perlahan lalu bergegas ke arah sahabat yang dirinduinya. Dia terus memeluk erat sahabatnya itu. Aku tergamam tanpa buat apa apa.
            “ Lea aku minta maaf. Aku minta maaf..”ujarnya dalam esakan. Aku pilu mendengar esakannya.
            “ Dahla, Aina. Tak ada apa apa. Aku dah lupakannya lagipun dah lama maafkan kau.”
            “Maafkan aku Lea. Aku dulu berfikiran terburu2.. Aku tidak fikir apa yang akan terjadi. Aku cemburu buta..”ujarnya lagi.
            “Tak mengapala Aina. Aku gembira. Aku tak akan rampas apa yang kawan aku suka Aina.” Aina memandang sahabatnya sambil mengelengkan kepalanya.
            “ Tak Lea.. Dia hanya akan sukakan kau. Aku dah sedar Lea. Buat apa mengejar cinta andai sahabat yang sentiasa disisi perlu di lukai. Aku tak mahu. Aku malu. Macam macam aku kata kat kau. Aku sedar Lea.. Aku nak jadi sahabat kau balik.. Bolehkan Lea?”tanyanya. Aku tersenyum manis ke arahnya.
            “ Ya Aina. Kita sahabat until Jannah. Aku sayangkan kau, Aina..” ujarku riang. Senyuman yang terukir di bibir Aina buat hatiku gembira. Alhamdulillah, Dia mengabulkan doakau agar aku kembali lagi bersama Aina, Sahabatku..




**
Hampir 2 bulan aku kerja disini. Di universiti mengingatkan aku kepada kenangan yang indah. Gelak ketawa, air mata semuanya aku lalui. SubhanaAllah.. Allah Maha Kuasa. Ibu dah ayahku tidak lagi seperti dulu. Bunga bunga cinta mekar kembali antara mereka. Alhamdulillah. Aina sahabatku jua, melanjutkan pelajarannya di peringat Master. Aku kagum dengan semangatnya untuk menuntut ilmu. Tapi aku? Bertekad untuk bekerja..
            “Lea, dahla mengelamunnya.. Buat kerja.” Ujar Siti. Aku tersentak lalu tersengih2..
            “Yealah yealah..Hehe.. Sorry..”
Siti sahabatku jua berkerja bersamaku, bawah satu syarikat bermandangkan kami mengambil course yang sama.
 Di rumah..
Ekk, kereta sapa yang datang nih? Hatiku cuak.. Namun aku masuk jua tapi melalui pintu belakang.
            “ Ibu, siapa datang ni.. Nak kata saudara kita. Tak kenal pon..” ujarku. Pn. Raiza hanya tersenyum.
            “Pergi masuk bilik. Tukar baju dulu ek. Pakai baju kurung elok2..”
            “Ala, kenapa ni bu.. Ni tak best ni.. Tak kanla ada orang mai merisik Lea kot..” gurauku. Pn. Raiza hanya mengangguk. Aku tergamam. Ek.. Ibu!!
            “ Ibu.., Lea tak moh la..”
            “Dah2, pergi tukar pakaian dulu. Kenal kenal dulu.. Baru bincang kemudian.”
            “Ya......” ujarku perlahan lalu melangkah masuk kedalam bilik dengan longlai.. Kenapa ini terjadi kepadaku... Waeyo??
Bila aku keluar ja, semua mata tertumpu pada aku.. Haish pa ni? Ada tak kena ke.. Aku bersalamam dengan pompuan2 yang hadir, lalu duduk di sisi ibuku..
            “ Ni Lea yea?”tanya perempuan separuh abad.
            “Yea,  mak cik..”
            “Manis orangnya. Sebab pon putera kami berkenan” ujarnya lalu tersenyum.
            “Akak Lea.. Akak cantikk..” ujar dua budak kembar serentak. Aku tersengih. Comelnya budak ni..
            “Mie, Miera.. Jangan kejutkan akak macam tu..”
            “ Err, tak apa makcik.. Jomla dik, kita duk kat luarlah..”ajaku.
            “ Jap, Lea.. Jadi macam mana..”
            “ Ikut ibula.. Lea serahkan pada ibu dan ayah..” ujarku lalu tersenyum sambil membawa kembar itu ke ruang luar rumahku.
Celoteh kembar itu meriangkan hatiku. Sukanya ada adik ka. Tak la sunyi.
            “Akak suka abang tak?”tanya Miera. Aku tersentak  dengan pertanyaan itu.
            “Err.. Akak tak tahula dik.. Hehe. Tak payah tanyala. Budak kecik tak leh tahu.” Ujarku sambil mencuit hidungnya. Aku hanya melihat mereka bermain dengan riang. Polosnya mereka. Tak mengerti apa itu cinta, suka.. Rindunya kenangan lalu.. Andai ia dapat di putar lagi.. Aku memandang mereka dengan senyuman di bibir.. Siapakah dia? Keluarga siapakah yang datang. Aku kenal ke dia? Bagaimana dengan hati ini? Danial... perasaan yang masih lagi ada untuk dia.. Mungkin.. Di mana dia agaknya ye..
            “ Saya ada di sini, Lea.. Hmm, suka sangat dia termenung..” ujar satu suara tiba- tiba. Aku tergamam lantas menoleh ke sisi. Terkejut melihat dia berhampiranku. Dia buat apa kat sini? Aku melihat dia tersenyum.
            “Abang!!” ujar Mie dan Miera lalau memeluk Danial pantas.
            “Awak....?”
Dia hanya tersenyum manis. Dengan senyumannya terjawab segalanya siapa di dalam rumahku. Mukaku terasa panas. Malu! Namun akhirnya, aku tersenyum jua.. Mungkin dia yang sudah tertulis di luh Mahfuz. Aku lari jauh bagaimanapun, dia tetap akan hadir...
Perginya awan yang menangis,
Bahkan ia pula di hiasi dengan ikatan yang murni..
Andai ini yang tertulis,
Aku menerima dengan seikhlas hati..
: Uhibbuka fiillah :

9 ulasan:

  1. Sejauh mana kita lari, andai ada jdoh tetap akan bersma.. Ya allah kurniakanlah pada kami pengakhiran yg baik

    BalasPadam
  2. hehe.. agak2nya? lupa dah.. tak lama sngat. xde idea, stop. lau ada taip balik.hehe. ni buat masa cuti ari tu. okay tak?haha

    BalasPadam
  3. ok2.. mula2 susa nk fhm tp las2 fhm.. walaupun belit2.. hehee
    6tkan blig dari saya pasal ukhwah persahabatan..
    :)

    BalasPadam
  4. biasala, budak bru belaja.. mmg ade berbelit2nye.. >_<

    BalasPadam
  5. http://taipanqqgood.blogspot.co.id/2018/04/5-alasan-cinta-cenderung-hilang-setelah.html

    Taipanbiru
    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    BalasPadam