-Assalamualaikum wahai sahabat-


Selasa, 20 Mei 2014

Memory.

Memori akan sentiasa menjadi memori. Ia tak boleh di undur di kembalikan. Saat gembira ia jadi memori manis. Saat duka ia menjadi memori pahit. Dalam sebuah kehidupan ini, banyak insan akan melalui pelbagai perkara. Suka, duka, tawa, tangis. Pasti ada tak terkecuali insan ini. Ia mengajar menjadi kuat walau masih lagi lemah. Ia mengajar menjadi tabah walau masih lagi terasa sakitnya. Ia mengajar bangun meneruskan langkah walau masih lagi rebah tersungkur. Itu semua memori. Memori lalu. Memori silam.

Aku cuba jadi kuat tabah
Namun lemah tersungkur masih ia
Aku cuba selindungkan apa yang di rasa
Namun ia masih tergambar di wajah.

Insan ini yang cuba jadi yang terbaik namun masih lagi tak dapat mencapai yang terbaik. Itu kerana hati yang masih lagi lemah menghadapi segalanya. Sometimes, i asked to myself. Why its happen to my life? Why they need to through the hateful memory? As a first daughter in my family perlukan aku mempunyai hati yang tabah. Siap menghadapi segalanya. Segala kemungkinan.

Hati yang masih resah
Mengapa ia menganggu?
Saat ingin terasa tenang
Ia menjengah lagi kembali
Saat ini...

Saat hujan turun, ia mengambarkan rasa sebenarnya. Mengenangkan apa yang terjadi. Mengambarkan pantasnya masa berlalu. Masa dalam pengajian akan mula berakhir satu persatu. Apa yang aku dapat kirimkan pada mereka? Apa yang akan dilakukan? Saat terbayangkan mereka, saat itulah hati menangis. Nasihat mereka aku ingat. Kata-katanya aku cuba tuk menjadi kuat. Aku harapan keluarga. Aku ingin menjernihkan semuanya namun aku tak mampu. Meninggalkan segala memori di sana.

Ujian yang di alami tanda kasih sayangNya
Pedih hiba
Hadapilah dengan tabah
Bersama kita mengharungi.



Let it go,
the painful memory.
Let it go,
the sadness memory.
Let it go,
the memory make you cry.